Monday, November 15, 2010

KHASIAT POKOK JARAK

Jarak atau nama saintifiknya Jatropha Curcas dipercayai berasal dari benua Afrika. Jarak mempunyai kepentingan tidak sahaja dari segi kesihatan malah dari segi ekonomi. Minyak yang terhasil daripada biji jarak digunakan untuk menyalakan pelita. Walau bagaimanapun, kepentingan pokok jarak tidak mempunyai pasaran lagi. Tetapi dari segi kegunaan dalam perubatan tradisional jarak amat penting sekali. Semua bahagian pokok jarak boleh dibuat ubat.

Antara kegunaan jarak ialah, daunnya yang segar jika dipanaskan boleh mengubati penyakit gout, reumatisme, sakit kepala, ulser dan sesak nafas. Orang China menggunakan biji jarak untuk mengubati uterus atau rektum yang terkeluar dengan dihancurkan dan digosok di kepala. Jika digosok pada tapak kaki, ia boleh merangsang plasenta keluar selepas bersalin. Biji jarak juga dijadikan ubat sakit kepala, pekak, tibi, penyakit kulit, berak berdarah, buasir, bengkak-bengkak, penyakit buah pinggang, perangsang buang air besar dan juga merangsang proses bersalin. Akar dan daun digunakan sebagai ubat lumpuh saraf pada muka, tetanus, sawan, sakit sendi dan pelbagai penyakit kulit.

Daun pokok yang segar ini jika dibalut pada kepala boleh melegakan sakit kepala dan demam panas. Selain itu daun yang ditumbuk berguna untuk mengatasi sakit perut dan juga ditampal pada bisul dan kudis. Di Yucatan, daun jarak ditampal pada badan untuk merangsang peluh supaya dapat mengatasi demam panas. Manakala daun yang disapu minyak kelapa atau minyak salad dipercayai boleh mengatasi kejang otot dan bengkak di kaki dengan cara dibalut pada bahagian kaki yang bengkak. Di samping itu ia juga digunakan untuk mengatasi sakit gigi

air rebusan daun jarak digunakan untuk mengecutkan buasir dengan berendam di dalam airnya. Air rebusan ini juga boleh diminum untuk mengatasi masalah kolon. Di Cuba pula ia digunakan untuk merangsang buang air kecil dan mengatasi masalah kelenjar prostat yang bengkak. Manakala di Jamaica, ia digunakan untuk mengatasi bengkak-bengkak sendi. Di Bermuda pula daun yang ditumbuk lumat di sapu pada gusi yang bengkak

Di Amerika Tengah, terdapat amalan memakan dua atau tiga biji jarak sebagai perangsang untuk membuang air besar. Minyak yang diperoleh daripada biji jarak juga ditelan sebagai julap. Di Guatemala, biji jarak dicampur dengan turpentin dan ditelan untuk membunuh cacing pita di dalam perut. Di Bahamas dan Caicos, minyak dari biji jarak ditelan untuk mengubati selesema dan juga menjadi tonik bagi kanak-kanak dan ibu yang baru bersalin. Di Trinidad, minyak jarak ditelan oleh ibu yang sedang mengandung dan selepas bersalin untuk merangsang buang air besar. Di Curacao, minyak jarak digunakan sebagai ubat sapu untuk mengubati bengkak-bengkak pada badan. Di Mexico, daun jarak yang telah disalai dilekapkan pada payudara ibu yang menyusui anak untuk merangsang pengaliran susu. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit reumatisme dan tumor yang teruk.

No comments:

Post a Comment